Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday 26 August 2011

Raya oh Raya

Assalammualaikum..

Entry ini aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat di muka bumi ALLAH ini..

kepada kaum keluarga dan sanak saudara, aku memohon maap sekiranya ada yang tersinggung dengan kata-kata ku.. kepada bonda tercinta, maafkan anak mu ini kerana mungkin ada kata-kata along yang buat mak terasa ati.. ada kata-kata mak yang along tak dengar huhu..  mak pun faham kan along ni degil keras kepala huhu

khas untuk sahabat handai yang mungkin ada terasa ati atau termakan ati dengan kata-kata aku selama ini.. aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran dan khilaf aku sendiri.. 

kepada En. Hubby, ayang minta ampun minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari atas segala salah silap ayang.. ayang tahu ayang degil dan suka lawan cakap abang huhu minta maaf gak sebab ayang suka buat muka dengan abang kalau tak suka sesuatu benda..lagi satu jangan luper duit raya ayang taw cam tahun lepas gak hehe (sayang abang)

salam lebaran semua..berhati-hati di jalan raya.. pandu cermat.. biar lambat asal kita semua selamat sampai ke kampung halaman..

p/s: sepupu semua, duit raya along dah tukar sapa nak beratur cium tangan taw hehe (yang muhrim je taw)








Muhammad Aqil Ukail 10 bulan

Assalammualaikum..

Dah lama ibu tak hapdet cerita pasal anak bujang ibu sorang ni.. Anak ibu dah pun berusia 10 bulan (bape hari je lagi nak 11 bulan)..Cepat je rasa masa berlalu.. Dah macam2 ragam dan perangai anak ibu ni hehe tapi itu lah pengubat rindu dan kasih ibu dan abah.. Setiap hari ada je perkara baru yang Aqil dapat.. Alhamdulillah, bagus anak ibu.

  •  Nenek cakap Aqil dah susut. Abah pun kata camtu tapi ibu tengok anak ibu maintain je hehe still bam-bam lagi.. badan bukan men hantap.. tiap kali nak hantar Aqil umah Opah mesti ibu kata anak ibu hantap sangat lenguh ibu huhu sorry sayang ibu saja je cakap camtu sebenarnya ibu yang tak larat nak dukung huhu
  • Aqil suka ikut ibu masuk dapur.. abis sume benda nak kacau.. sampai abah pernah kata nak pasang besi hadang depan dapur avoid  Aqil masuk.. bila ibu tak bagi Aqil mesti bising nangis.. ibu bagi Aqil main sume benda sambil ibu cakap “ ini kentang, ini pinggan untuk makan, ini sudip untuk masak” Aqil kalau dapat senduk @ sudip  siap la akan ketuk2 cam drum lak hmm nasib bek Aqil ketuk dekat besen @ tipuware aiskrim takda ralat sangat.. buat la sayang janji jangan kacau ibu masak hehe
  • Aqil suka tengok kartun “Special Agent OSO” channel 613.. abah selalu ingatkan “eh 6.30, citer Aqil dah start” Aqil kalau tengok citer tu tak heran benda len dah.. time ni la ibu suka sangat sebab ibu boleh masak untuk berbuka dengan senang ati tak perlu risau Aqil kacau masuk dapur sebab bahaya takut terpercik minyak time ibu menggoreng.. Bila tengok citer ni Aqil khusyuk sangat, tepuk tangan bila lagu keluar.
  • Aqil automatik senyap bila dengar azan.. bila abah pasang Astro Oasis Aqil pun terkumat-kamit mulut ikut zikir..
  • Aqil suka dengar orang mengaji.. kalau atok mengaji Aqil mesti pergi dekat.. tangan duk selak2 Al-Quran
  • Since 6 bulan, ibu bagi Aqil makan bubur (puree).. start 9 bulan ibu dah tak blend bubur.. Aqil dah boleh terima.. Cuma ibu masak nasi lembut takut Aqil tercekik.. Sekarang je Aqil dah tak berapa nak makan bubur nasi dah jemu kot.. kadang2 ibu selang-seli dengan nestum..
  • Aqil cukup suka makan pisang dan kurma.. kalau pisang 1 biji Aqil boleh habiskan.. kurma lak time berbuka kalau ibu makan ibu suapkan Aqil sama.. Aqil suka sangat sampai tak cukup sebiji kadang sampai 3 biji hehe
  •  Aqil pandai men ball.. mengkekek gelak kalau dapat ball.. pastu nak baling balik kat ibu @ abah hehe
  • Aqil dah ada  batang gigi.. kalau menyusu sakit cik ‘P’ ibu Aqil gigit.. sekarang pun pandai men2 dah kejap hisap kejap lepas.. haru ibu dibuat yer
  • Aqil cukup suka mandi.. bila ibu sebut je “shower time” Aqil terus merangkak ke pintu bilik air.. Kalau masuk dalam besen bukan men suka lagi siap bawak toy masuk bilik air.. menjerit kalau ibu angkat hmm nanti kita ajak abah pergi water park yer hehe
  • Aqil dah pandai bertatih dan berdiri sendiri tapi takut2 nak berjalan.. tak stable lagi dan tengah cari cara nak balance badan... chaiyok!! Chaiyok!! InsyaALLAH anak ibu boleh..

Setakat ini dulu coretan ibu untuk Muhammad Aqil Ukail.. Semoga Aqil membesar dengan sempurna, soleh, beriman, hormat orang tua, sihat tubuh badan dan dilindungi ALLAH.

Thursday 4 August 2011

SALAM RAMADHAN

Asslammualaikum..

Lama tak mnjengah blog ni.. aku sibuk + takde mende nak hapdet.. nasib bek tak bersawang blog aku ni hehehe

Aku nak ucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua umat Islam di seluruh dunia.. walaupun dah masuk hari keempat hehe (ada aku kisah hehe) 

Di bulan Ramadhan yang mulia ini sama-sama la kita pertingkatkan diri kita.. IMAN + TAQWA kita kepada ALLAH swt.. perbanyakkan ibadah i.e solat sunat, baca Al-Quran, perbanyakkan bersedekah..

Actually, bukan nak tunggu bulan puasa baru nak buat semua tu.. sepanjang hayat hidup kita di muka bumi ALLAH ni pun kita boleh buat maksud yer bulan2 len pun boleh (kecuali kalau datang bulan la yer) tapi sempena bulan puasa ni la kita nak lipat ganda kan amal pahala kita (nak kejar SYURGA)..

Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan dilindungi ALLAH hendaknya..

Wasalam....