Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Monday 27 June 2011

lega ... ALHAMDULILLAH

Assalammualaikum..

gOOd mOrning everybOdy.. lama tak hapdet blOg.. masa tak mengizinkan huhu

ALHAMDULILLAH.. syukur yang teramat-amat sangat kepada ALLAH SWT majlis perkahwinan adik ipar ku stelah selamat berlangsung semalam..

setelah pelbagai dugaan dan kepayahan yang dilalui adik ipar dan pasangan akhirnya mereka disatukan dalam satu majlis yang sederhana tapi meriah dengan kehadiran sedara mara yang turun dari kampung..
 
pengantin yang sama cantin dan sama padan.. kedua-dua yer tampan dan kacak di atas pelamin.. 

aku dan En. Hubby hadiahkan vOucher percutian ke Pulau Redang (dapat tenang kan fikiran duk tepi pantai) 

sOri la gambO aku tak dapat nak uplOad sebab terluper bawak kamera huhu

kepada pengantin baru.. SELAMAT MENEMPUH ALAM RUMAH TANGGA .. banyak kan bersabOr dan kekalkan persefahaman..

kepada birasku.. welcOme tO Our big family 
p/s: kalO aku dapat gambO kawen diOrang aku uplOad kat kOrang ek







Wednesday 15 June 2011

Kesabaranku diuji

Mr. Aqil sekarang ni dah pandai memilih makanan.. kalau tak da rasa jangan harap dia nak makan.. dia luah yer huhu.. daripada pembacaan, makanan untuk bayi tidak harus mengandungi sebarang perasa.. garam mahupun gula.. so, bubur yang ibu prepared untuk Mr. Aqil memang tawar haber hehehe.. kalau manis pun sebab rasa carrot yang ibu campur dalam bubur.

sebelum ni Mr. Aqil hentam je sume dia bantai.. sejak dua menjak ni je dia dah memilih.. kalau dia rasa sedap, dia sendiri datang kat kita.. tak payah ibu kejar Mr. Aqil nak bagi makan huhuhu

nak bagi makan anak bukan semudah yang disangka.. perlukan tahap kesabaran yang tinggi hehe.. nak2 lak sekarang Mr. Aqil dah makin lasak, ligat.. meja, kerusi semua dia nak panjat.. dah start nak berjalan anak ibu ni yer hehehe

ibu ikutkan je kehendak Mr. Aqil..  masa ni Mr. Aqil dalam proses belajar n meneroka semua benda.. ibu ikut je dari belakang takut Mr. Aqil tumbang ke belakang huhuhu (nenek dah pesan jangan bagi jatuh, takut kepala tu terhentak).. ibu ikut je nasihat nenek, takut apa2 jadi kat Mr. Aqil nanti huhu

sesungguh yer seronok dan syukur yang tak terhingga dapat melihat Mr. Aqil membesar depan mata.. dari tapak kaki sebesar 2 jari, meniarap, bergolek2, merangkak, duduk, bangun dengan sendiri, KINI Mr. Aqil dah boleh melangkah sikit (still berpaut tak stabil lagi)




masa ni Mr. Aqil umur 2 bulan.. baring je lagi hehe.. tapi time ni anak ibu dah semangat cam baby 4-5 bulan hehe



 makan time.. masa ni Mr. Aqil 6 bulan.. dah start boleh makan (solid food).. ibu buat bubur kosong dulu.. masa ni terkualt2 muka Mr. Aqil nak menelan mungkin sebab baru lagi hehehe
  


ibu bagi Mr. Aqil makan sambil baring (bantal ditinggikan) sebab Mr. Aqil tak boleh duduk lagi time ni



 Mr. Aqil belajar balance kan diri merangkak



Mr. Aqil dah boleh bangun dengan sendiri.. dia cukup suka panjat atas orang.. tapi berani pada orang yang dikenal je hehehe



Monday 13 June 2011

pEnAntIAn yang bErbAlOI

gOOd mOrning everbOdy..
hOw ur weekend?
Ok ke kO? hehehe..
semalam g WANGSA BOWL kat Wangsa Walk,  teman En. Hubby ada tOurnament Idaman Pharma..
ramai staff yang join.. aku dengan Mr. Aqil ekOt bagi mOral suppOrt..
gO hubby.. gO hubby haha
dOk sibOk dengan Mr. Aqil sampai luper nak snap gambO.. kalau tak bOleh kOrang tengOk En. Hubby strike hahaha
abis game dapat la hamper.. dah abis pun aku dengan adik beradik bantai makan (kalO letak kat umah kOmpOm tak abis buat pameran je hahaha)
malam bantai 3 beranak tengOk AF9.. 
caya la HAZAMA.. lu memang terbaekk.. tak sia2 try banyak kali masuk AF..
penantian 5 tahun memang berbalOi..










Friday 10 June 2011

dugaan dalam hidup

kalau ikutkan esok (11 Jun) adik iparku bakal disatukan dengan kekasih hatinya.. hari bersejarah dalam hidup.. bergelar suami orang .. bertukar status bujang kepada berkahwin.. beralih tanggungjawab menjadi ketua keluarga..

tapi apa kan daya kita hanya merancang ALLAH yang menentukan segalanya.

lepas satu..satu dugaan dalam hidup adik iparku.. suppose esok dia bernikah tapi disebabkan kelalaian dan 'kepandaian'.. diorang berdua terpaksa postpone tarikh nikah walaupun preparation untuk majlis (walimatulurus) semua dah set up..

nak mendirikan masjid suppose menjadi perkara yang paling gembira dan bermakna dalam hidup..

suppose kalau ada pape yang tak suka atau tak berkenan + tak faham jangan malu bertanya.. walaupun 'anda' orang tua tak semesti yer 'anda' taw semua benda.. tak rugi + berdosa pun kalau bertanya dengan orang yang lebih muda.

ntah la.. len orang len ragam yer hmmmm

kesian pada adik iparku dan pasangan yer.. hope korang tabah laluan dugaan ni.. amik semua ni sebagai pengajaran dan pengalaman.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebalik yer..

semoga semua yer berjalan lancar tanpa ada sebarang halangan kelak..

AMINNNNNN.......


p/s: malu bertanya sesat jalan.. tak kira siapa anda kita semua adalah sama..











geram arghhhhhh

huh geram tahap menyampah giler2.. tak suka betul aku dengan si YVONE dalam citer Nora Elena tu.. suka sangat menyibuk hal orang.. fitnah orang menyampai citer yang tak betul eeee geram betul kalau dapat kat aku taw la aku tarik2 rambut tu hahaha

lagi satu time Elena call nak cakap good news kat Seth.. time tu la mamat ni tak jawab cal.. p toilet la pulak hmmm saja je diorang ni nak buat citer meleret2 dah cam citer indon lak hehehe

pastu bila si Elena tinggalkan message dengar la terus ni tak dah terjebak dengan MMS yang si YVONE anta.. kebetulan lak si Elena jumpa Insp. Amir dan nak jadi citer nak tumbang lak si Elena tu huhuhu

ni sume penangan Nora Elena kat TV3.. syabas (thumbs up) buat Wan Sharmila yang berjaya bawak watak tu buat orang geram dan menyampah dengan anda hehehe

tak sabar nak tunggu sambungan citer tu minggu depan... Elena dapat masuk bilik rahsia Seth dan jumpa rantai lama dia .. dan mungkin terbongkar siapa perogol dia huhuhu



Wednesday 8 June 2011

MEDAN oh MEDAN

saja nak share holiday p MEDAN tahun lepas.. trip ni sponsor by my lovely DAD (tima kasih ayah).. honeymoon sekali pakej jalan2 one family.. 4D 3N memang berbaloi full board.. 


 Arrival at Polonia Airport, Medan

 one of mosque in Medan

 along the road








dalam salah satu kedai yang jual batik n sutera.. memang cantik dan rambang mata hehehe



 pekena buah markisa.. sedap manis


 pemandangan dari Berastagi.. boleh nampak jelas gunung merapi yang masih aktif



 one hepi family (credit to Pak Bangun.. our tourist guide)



 air terjun yang mengalir terus ke TASIK DANAU TOBA



 pemandangan dari atas.. TASIK DANAU TOBA.. keindahannya sungguh menakjubkan SUBHANAALLAH



 menyusuri TASIK DANAU TOBA dengan menaiki bot.. kemudian terus ke Kampung Batak (horras)



aik makan durian lak hehehehe



the best restaurant..menu memang best.. paling mengancam air RASA-RASA

kaki NOVEL

Assalammualaikum..

mata ngantuk lak pas pekena bihun sup kat CM sejuk ni.. untuk mengelakkan diri dari terlelap dan terkantoi dengan bos aku amik keputusan nak membebel kat blog ckit hehehe harap korang tak boring ek (ada aku kisah :p) 

petang2 ni dapat baca novel best gak ni hehe.. jangan nak mengada addendum ABC tu pun tak abis tengok lagi ada hati nak baca novel.. tiap2 ari aku duk angkut benda alah tu dalam beg ke hulur ke hilir.. p keje balik keje, nek tren, nek moto.. huh yang best yer sampai ke PD gak mengikut hahaha

huhuhu usaha dah ada cuma kejayaan yer lum nampak lagi hmmm 

korang mesti minat baca novel kan? kalau pompuan mesti yer la tapi ada gak yang tak minat (opismate aku la contoh orang yer) laki pun ada yang kaki novel gak taw.. cam adik ipar aku huh kagum la aku dia boleh mengadap novel LAGENDA BUDAK SETAN.. aku pun tak berapa minat nak baca sebab tulisan teramat kecik dan kualiti kertas yang pada aku tak best dan tak menarik.. pada peminat novel tu sori yer aku cuma bagi pendapat je.. kalau tak suka pekak kan telinga, buta kan mata hihihi

nak share koleksi novel terbaru aku.. tak da la baru sangat dah basi pun.. beli time BOOK FAIR kat PWTC aritu (sori lambat hapdet.. luper la huhu)





4 je novel baru.. lagi 3 buku tu buku ilmiah hehehe (ilmu keibubapaan)

KASIH YANG SUCI ni memang betul terbaru.. tapi tak dapat lagi.. aku beli online.. karangkraf kena reprint lagi so tunggu je la hehehe .. semua pasal NORA ELENA hmmm

aku baru khatam novel Sidney Sheldon tu.. aku suka author ni sebab ada thriller n suspen.. buat kita tertanya2 dan cepat2 nak baca bagi abis hehehe

 lagi 3 tu kena tunggu la skarang ni baru nak bukak Mr. Aqil dah sibuk mengendeng hmmm

kalau korang nak taw best ke tak kena la tunggu ye.. pas aku baca INSYAALLAH aku review kat sini..


stay tuned ...