Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Wednesday, 15 June 2011

Kesabaranku diuji

Mr. Aqil sekarang ni dah pandai memilih makanan.. kalau tak da rasa jangan harap dia nak makan.. dia luah yer huhu.. daripada pembacaan, makanan untuk bayi tidak harus mengandungi sebarang perasa.. garam mahupun gula.. so, bubur yang ibu prepared untuk Mr. Aqil memang tawar haber hehehe.. kalau manis pun sebab rasa carrot yang ibu campur dalam bubur.

sebelum ni Mr. Aqil hentam je sume dia bantai.. sejak dua menjak ni je dia dah memilih.. kalau dia rasa sedap, dia sendiri datang kat kita.. tak payah ibu kejar Mr. Aqil nak bagi makan huhuhu

nak bagi makan anak bukan semudah yang disangka.. perlukan tahap kesabaran yang tinggi hehe.. nak2 lak sekarang Mr. Aqil dah makin lasak, ligat.. meja, kerusi semua dia nak panjat.. dah start nak berjalan anak ibu ni yer hehehe

ibu ikutkan je kehendak Mr. Aqil..  masa ni Mr. Aqil dalam proses belajar n meneroka semua benda.. ibu ikut je dari belakang takut Mr. Aqil tumbang ke belakang huhuhu (nenek dah pesan jangan bagi jatuh, takut kepala tu terhentak).. ibu ikut je nasihat nenek, takut apa2 jadi kat Mr. Aqil nanti huhu

sesungguh yer seronok dan syukur yang tak terhingga dapat melihat Mr. Aqil membesar depan mata.. dari tapak kaki sebesar 2 jari, meniarap, bergolek2, merangkak, duduk, bangun dengan sendiri, KINI Mr. Aqil dah boleh melangkah sikit (still berpaut tak stabil lagi)




masa ni Mr. Aqil umur 2 bulan.. baring je lagi hehe.. tapi time ni anak ibu dah semangat cam baby 4-5 bulan hehe



 makan time.. masa ni Mr. Aqil 6 bulan.. dah start boleh makan (solid food).. ibu buat bubur kosong dulu.. masa ni terkualt2 muka Mr. Aqil nak menelan mungkin sebab baru lagi hehehe
  


ibu bagi Mr. Aqil makan sambil baring (bantal ditinggikan) sebab Mr. Aqil tak boleh duduk lagi time ni



 Mr. Aqil belajar balance kan diri merangkak



Mr. Aqil dah boleh bangun dengan sendiri.. dia cukup suka panjat atas orang.. tapi berani pada orang yang dikenal je hehehe



No comments:

Post a Comment