Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers
Lilypie First Birthday tickers

Friday 26 August 2011

Raya oh Raya

Assalammualaikum..

Entry ini aku nak ucapkan selamat hari raya kepada semua muslimin dan muslimat di muka bumi ALLAH ini..

kepada kaum keluarga dan sanak saudara, aku memohon maap sekiranya ada yang tersinggung dengan kata-kata ku.. kepada bonda tercinta, maafkan anak mu ini kerana mungkin ada kata-kata along yang buat mak terasa ati.. ada kata-kata mak yang along tak dengar huhu..  mak pun faham kan along ni degil keras kepala huhu

khas untuk sahabat handai yang mungkin ada terasa ati atau termakan ati dengan kata-kata aku selama ini.. aku menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf di atas keterlanjuran dan khilaf aku sendiri.. 

kepada En. Hubby, ayang minta ampun minta maaf dari hujung rambut hingga hujung jari atas segala salah silap ayang.. ayang tahu ayang degil dan suka lawan cakap abang huhu minta maaf gak sebab ayang suka buat muka dengan abang kalau tak suka sesuatu benda..lagi satu jangan luper duit raya ayang taw cam tahun lepas gak hehe (sayang abang)

salam lebaran semua..berhati-hati di jalan raya.. pandu cermat.. biar lambat asal kita semua selamat sampai ke kampung halaman..

p/s: sepupu semua, duit raya along dah tukar sapa nak beratur cium tangan taw hehe (yang muhrim je taw)








1 comment: